BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday 2 June 2011

kenapa perasaan ini terlalu sukar untuk dimengertikan....egokah aku....atau kita sama2 ego sebenarnya..
setinggi manakah keegoaan itu?????????
dalam situasi ini aku akan terus bertahan untuk tidak terlalu mengharap....kesedaran itu wujud dalam diriku dan membuatkan aku sedar siapa aku sebenarnya....

apakah kerana terlalu sayang aku masih lagi bertahan sehingga kini....
apakah kerana terlalu rindu aku beku dalam kerinduan itu....
pengertian yang bagaimanakah aku inginkan....

aku yang kau tinggalkan dulu......tanpa kau lafazkan " lupakanlah aku dari ingatanmu" atau " buang aku dari hatimu"....kenapa aku tidak boleh membuang kau dari hatiku dan kenapa aku tidak boleh lupakan kau dari ingatanku....kenapa itu semua harus aku hadapi sepanjang kehidupanku hingga kini....

kenapa kau terus wujud dalam hatiku dan ianya terus kekal disitu....
kenapa aku masih lagi sayang dan rindu padamu....kenapa aku yang hadapinya sorang2....
kenapa setiap kali rindu itu datang bertandang....aku harus menangisinya....
kenapa aku tidak sekuat dulu.....kenapa airmata tidak boleh ku pertahankan dari bibir mataku untuk terus-terusan mengalir....kenapa semua itu tidak mampu ku sorok lagi....

aku harus kuat dan aku masih mampu lagi untuk tidak berkongsi kesedihan ini....akan aku pertahankan.....
aku akan menjadi seperti biasa walaupun hati telah menjadi rapuh.....